Tuesday, March 27, 2012

Kata cacian

suara hati... QasehQeen at 7:11 PM

Mungkin bukan mudah untuk buktikan kita boleh berjaya, walaupun orang-orang disekeliling kita memandang rendah akan keupayaan kita. pedulikan apa yang mereka kata, yang penting Allah ada di sisi kita. Dia lebih mengetahui segalanya. kerna Dia juga yang merancang semua itu. Dia juga yang mengizinkan semua untuk terjadi. Maka, janganlah kita sesekali mengeluh, menyesali, kecewa dengan semua yang terjadi. Ya, mungkin diri kita akan sering mempersoalkan kenapa ianya terjadi. betul kan?


Tidak dapat dinafikan, semua orang ingin jadi sempurna, semua ingin menikmati kebahagiaan, semua mahu berjaya. Tapi sedarkah kita apakah itu maksud sempurna? tahukah kita apa yang dikatakan bahagia? dan bagaimana tahap yang perlu kita capai agar kita berjaya? tidakkan? penulis sendiri masih tertanya-tanya, masih mencari apa erti sebenarnya semua itu. Penulis masih 'lost'. Kosong.




0 budak bucuk b'kata2~:

Post a Comment

Popular Posts

 

~TiNtA HaTi~ Template by Ohthemes Blogger Template | Free Backlink